Buletin

Pengarah "Master" harap filemnya dapat cipta kejayaan besar

Penulis: Ashraf Nasser

Selepas ditunda, filem "Master" akhirnya bakal menemui penonton pada 13 Januari ini.. width=
Selepas ditunda, filem "Master" akhirnya bakal menemui penonton pada 13 Januari ini.

11 Jan – Pengarah filem terkenal Lokesh Kanagaraj berharap filem terbarunya berjudul "Master" bakal mencipta kejayaan besar apabila ia dijadualkan ditayangkan pada 13 Januari ini.


Pengarah itu berkata demikian apabila memuat naik foto di laman sosial Twitter miliknya bersama pasukan produksi berada di sebuah kuil bagi mendoakan kejayaan filem terbarunya itu.

Pada masa sama, komposer filem Anirudh Ravichande turut memuat foto sama dengan kapsyen; "Berdoa di Arunachala, Thiruvannamalai untuk kejayaan #MasterFilm," tulisnya yang dipetik dari Times of India.

Filem paling dinanti-nantikan peminat ini dibintangi oleh pelakon terkenal Thalapathy Vijay dan Makkal Selvan Vijay Sethupathi sebagai peneraju.

Selain dua pelakon utama itu, ia turut dibintangi pelakon hebat lain seperti Shanthanu Bhagyaraj, Arjun Das, Andrea Jeremiah, Nassar, Ramesh Thilak, Gouri G Kishan, Mahendran dan ramai lagi.

Terdahulu, "Master" terpaksa ditunda akibat dunia dilanda pandemik COVID-19 yang menyebabkan pawagam terpaksa ditutup.

Walaupun pawagam di India sudah dibenarkan dibuka semula, setiap panggung hanya boleh memuatkan 50 peratus sahaja daripada kapasiti yang sebenar.

(Sumber foto: Seelatest.com)

Cinema Online, 11 Januari 2021


Showtimes