11 Jan – Pengarah filem terkenal Lokesh Kanagaraj berharap filem terbarunya berjudul "Master" bakal mencipta kejayaan besar apabila ia dijadualkan ditayangkan pada 13 Januari ini.
Om Namah Shivaya 🙏🏻 pic.twitter.com/y8VKm4KWUo - Lokesh Kanagaraj (@Dir_Lokesh) January 10, 2021
Om Namah Shivaya 🙏🏻 pic.twitter.com/y8VKm4KWUo
Pada masa sama, komposer filem Anirudh Ravichande turut memuat foto sama dengan kapsyen; "Berdoa di Arunachala, Thiruvannamalai untuk kejayaan #MasterFilm," tulisnya yang dipetik dari Times of India. Filem paling dinanti-nantikan peminat ini dibintangi oleh pelakon terkenal Thalapathy Vijay dan Makkal Selvan Vijay Sethupathi sebagai peneraju. Selain dua pelakon utama itu, ia turut dibintangi pelakon hebat lain seperti Shanthanu Bhagyaraj, Arjun Das, Andrea Jeremiah, Nassar, Ramesh Thilak, Gouri G Kishan, Mahendran dan ramai lagi. Terdahulu, "Master" terpaksa ditunda akibat dunia dilanda pandemik COVID-19 yang menyebabkan pawagam terpaksa ditutup. Walaupun pawagam di India sudah dibenarkan dibuka semula, setiap panggung hanya boleh memuatkan 50 peratus sahaja daripada kapasiti yang sebenar. (Sumber foto: Seelatest.com)