Buletin

Jasmin Bhasin dan Rakhi Sawant gaduh besar di "Bigg Boss 14"

Penulis: Nisa Irina

Perang mulut antara Jasmin Bhasin dan Rakhi Sawant tidak berakhir dengan baik.
Perang mulut antara Jasmin Bhasin dan Rakhi Sawant tidak berakhir dengan baik.

1 Jan – Setiap episod program popular "Bigg Boss 14" dilihat semakin kecoh apabila timbul pelbagai drama daripada para peserta dan kini bintang TV Jasmin Bhasin pula dilaporkan berperang mulut dengan Rakhi Sawant.

Dalam sedutan video promosi yang dimuat naik di laman Instagram Colors TV baru-baru ini, kedua-dua peserta itu dilihat bertengkar dan mengeluarkan kata-kata yang tidak enak didengar sesama sendiri.

Memetik laporan dari Times of India, difahamkan pergaduhan itu berpunca daripada Rakhi yang mengatakan sesiapa yang berfikiran buruk tentang kopi akan berdepan kemalangan.


Peserta lelaki iaitu Aly Goni dan Abhinav Shukla ternyata tidak bersetuju dengan perkataan yang keluar dari mulut Rakhi. Aly dan Rakhi kemudiannya dilihat bertengkar.

Pertengkaran bagaikan tiada henti apabila Jasmin dilihat hilang sabar dengan kerenah Rakhi dan situasi semakin kecoh apabila aktres "Naagin" itu bertindak meletakkan maskot penguin di kepala Rakhi.

Ia tidak berakhir begitu sahaja kerana dalam video yang sama, Rakhi dilihat meraung serta menghentakkan kepalanya di meja berkali-kali dan memberitahu hidungnya patah.

Sementara itu, Jasmin pula menganggap semua itu hanyalah drama yang dibuat-buat oleh Rakhi.

Pergaduhan mereka menerima pelbagai reaksi daripada para peminat di media sosial, di mana ada yang menyokong tindakan Jasmin dan ada pula yang beranggapan dia keterlaluan.

(Sumber foto: Jasmin Bhasin Instagram & Pinkvilla)

Cinema Online, 1 Januari 2021



Pautan Berkaitan:
Showtimes