Buletin

Penyingkiran peserta "Bigg Boss 14" buat Salman Khan menangis

Penulis: Nisa Irina

Salman Khan tak dapat tahan sebak dengan situasi penuh emosi ketika penyingkiran peserta.
Salman Khan tak dapat tahan sebak dengan situasi penuh emosi ketika penyingkiran peserta.

12 Jan – Jika sebelum ini Salman Khan tidak dapat mengawal kemarahannya dalam episod terdahulu program popular "Bigg Boss 14", kini bintang Bollywood itu dilihat menitiskan air matanya buat pertama kali.

Setiap minggu, seorang peserta akan disingkirkan dan dalam sedutan video "Weekend Ka Vaar" yang dikongsi menerusi laman Instagram Colors TV, kelihatan dua pasangan peserta berada di kawasan laman studio "Bigg Boss 14".


Walaupun nama peserta yang tersingkir belum didedahkan lagi, namun Rubina Dilaik, Abhinav Shukla, Aly Goni dan Jasmin Bhasin telah menjadi calon peserta yang bakal tersingkir susulan mendapat undian terendah.

Kedua-dua pasangan itu dilihat berpelukan sambil mengalirkan air mata dan mengucapkan selamat tinggal, sementara para peserta lain dan Salman selaku pengacara juga tidak dapat menahan sebak melihat situasi penuh emosi berkenaan.

Memetik laporan dari Times of India, episod itu akan turut menyaksikan Salman memasuki rumah "Bigg Boss 14", serta membersihkan katil milik Rakhi Sawant selepas Nikki Tamboli enggan berbuat demikian.

Terdahulu, "Bigg Boss 14" kecoh apabila Jasmin Bhasin dilihat berperang mulut dengan Rakhi Sawant gara-gara isu kecil sehingga mereka bertengkar dan mengeluarkan kata-kata yang tidak enak didengar.

(Sumber foto: Colors TV Instagram)

Cinema Online, 12 Januari 2021



Pautan Berkaitan:
Showtimes