12 Jan – Jika sebelum ini Salman Khan tidak dapat mengawal kemarahannya dalam episod terdahulu program popular "Bigg Boss 14", kini bintang Bollywood itu dilihat menitiskan air matanya buat pertama kali. Setiap minggu, seorang peserta akan disingkirkan dan dalam sedutan video "Weekend Ka Vaar" yang dikongsi menerusi laman Instagram Colors TV, kelihatan dua pasangan peserta berada di kawasan laman studio "Bigg Boss 14".
View this post on Instagram A post shared by ColorsTV (@colorstv)
A post shared by ColorsTV (@colorstv)
Memetik laporan dari Times of India, episod itu akan turut menyaksikan Salman memasuki rumah "Bigg Boss 14", serta membersihkan katil milik Rakhi Sawant selepas Nikki Tamboli enggan berbuat demikian. Terdahulu, "Bigg Boss 14" kecoh apabila Jasmin Bhasin dilihat berperang mulut dengan Rakhi Sawant gara-gara isu kecil sehingga mereka bertengkar dan mengeluarkan kata-kata yang tidak enak didengar. (Sumber foto: Colors TV Instagram)