Buletin

Shah Rukh Khan janji akan kembali ke layar perak tahun ini

Penulis: Nisa Irina

Shah Rukh Khan kongsi video lucu untuk kongsi ucapan Selamat Tahun Baru
Shah Rukh Khan kongsi video lucu untuk kongsi ucapan Selamat Tahun Baru

5 Jan – Tahun 2021 membawa berita gembira kepada para peminat iaitu Shah Rukh Khan memandangkan bintang terkemuka Bollywood itu akan kembali mewarnai dunia lakonan dan layar perak.

Seperti yang dilaporkan sebelum ini, Shah Rukh Khan kini sedang sibuk menjalani penggambaran bagi filem aksi terbarunya, "Pathan" arahan Siddharth Anand yang dijangka tayang pada tahun ini.


Sempena menyambut tahun baru, Shah Rukh Khan telah berkongsi video melucukan di laman Instagram miliknya untuk memberi ucapan Selamat Tahun Baru istimewa buat para peminatnya.

Bintang filem "Don" itu turut berharap tahun 2021 akan membawa kebahagiaan dan ketenangan kepada orang ramai.

Pada akhir ucapannya, dia turut berjanji untuk bertemu para peminat di skrin lebar pada 2021 serta bergurau dan meminta para peminat untuk tidak menghantar mesej panjang untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru.

Sehubungan dengan itu, para peminat turut membanjiri media sosial dengan permintaan agar Shah Rukh Khan berkongsi perkembangan "Pathan" memandangkan masih tiada pengumuman rasmi dari pihak produksi.

Kali terakhir Shah Rukh Khan dilihat berlakon di layar perak adalah menerusi filem "Zero" yang gagal mendapat sambutan, menyebabkan dia membuat keputusan untuk berehat sementara dari dunia lakonan.

(Sumber foto: Pinterest & Shah Rukh Khan Instagram)

Cinema Online, 5 Januari 2021



Pautan Berkaitan:
Showtimes