Galeri

Gaya fesyen memukau adik beradik bintang Bollywood

Penulis: Nisa Irina

Jika namanya selebriti, pasti tidak dapat lari dengan dunia glamor dan gaya fesyen terkini. Begitu juga dengan selebriti-selebriti Bollywood yang sentiasa berketerampilan kemas dan bergaya, terutamanya selebriti wanita. Ikatan kekeluargaan dalam dunia Bollywood sememangnya sangat erat, jadi tidak hairanlah ibu bapa, anak beranak dan adik beradik selebriti-selebriti ini sering dilihat bersama tak kira dalam filem mahupun di luar. Kali ini, jom kita lihat adik beradik selebriti Bollywood wanita dengan gaya fesyen mereka yang elegan dan ranggi!


Katrina Kaif sering sahaja memeriahkan acara karpet merah atau sesi bergambar dengan gaya
fesyennya yang anggun dan menawan. Namun perkara itu tidak disimpan sendiri,
sebaliknya dikongsi kepada adiknya Isabelle Kaif yang kini mengikut jejak langkah Katrina dan
bersedia untuk membuat debut dalam industri perfileman Bollywood!


Biarpun mengakui mempunyai cita rasa fesyen yang berlainan, namun adik beradik Kajol dan
Tanishaa Mukherjee masih mampu menjadi ikon fesyen buat para peminat mereka. Kelebihan adik
beradik ini dalam menggayakan pakaian dengan cara tersendiri sememangnya unik!


'Kapoor sisters' Kareena dan Karisma meraih populariti mereka tersendiri dalam industri
Bollywood sejak awal tahun 1990-an lagi. Selain membintangi filem-filem pecah panggung,
kedua-dua mereka merupakan salah satu ikon fesyen terkenal.
Tak kira apa sahaja jenis pakaian yang diperagakan, pastinya membuatkan semua terpukau!

Previous 1 2 3 Next 
Cinema Online, 23 Mei 2020


Showtimes