Galeri

Mitos-mitos dalam filem yang kita masih percaya sehingga kini

Penulis: Nisa Irina

Filem merupakan salah satu medium atau platform hiburan yang berguna dalam kehidupan dan banyak mengajar para penonton perkara baru. Walau bagaimanapun, tidak semua yang anda tonton itu benar, kerana ada di antaranya hanyalah permainan pembikin filem untuk menjadikan hasil karya mereka lebih menarik. Malah ada juga babak-babak yang bertentangan dengan sains, fakta atau realiti. Mungkin selama ini anda percaya dengan apa yang anda lihat dalam filem, jadi kali ini kami akan paparkan realiti sebenar di sebalik mitos-mitos yang seringkali ditunjukkan kepada anda.


Seringkali kita lihat hero atau heroin filem-filem aksi menembak menggunakan dua pucuk pistol.
Nampak hebat dan bergaya bukan? Ia tidak mustahil tetapi memerlukan kepakaran yang tinggi
dan tumpuan yang tajam untuk mengelakkan salah satu tembakan itu tersasar.


Kalau perasan, filem-filem bertemakan perisik pasti ada babak di mana pelakon membuka mangga
kunci dengan hanya tembakan peluru. Perkara ini memang mustahil kerana mangga dibuat
daripada besi yang tebal dan sebutir peluru kecil tidak mampu mematahkannya. Realitinya,
peluru itu mungkin akan tersasar ke tempat lain, atau lebih teruk, ke penembak itu sendiri.


Si hero menarik keluar pin bom tangan dengan hanya menggunakan gigi, sebelum melemparnya ke
sekumpulan penjahat. Babak sebegini sangat biasa dilihat dalam filem-filem aksi dan perang.
Sebenarnya ia tidak benar kerana pin itu hanya boleh dicabut dengan cara tertentu supaya
ia tidak dibuka secara tidak sengaja. Silap-silap, orang yang menariknya boleh
hilang gigi dan belum tentu pinnya akan tercabut.

Previous 1 2 3 4 Next 
Cinema Online, 30 Julai 2020


Showtimes