Galeri

Nabila Huda tuntut bela demi 'anak' dalam "M4M4"

Penulis: Nisa Irina

Jika sebelum ini genre seram menjadi pilihan syarikat produksi DA Motion Media Sdn Bhd untuk menerbitkan naskhah sulung mereka berjudul "Jodoh Syaitan", kali ini mereka berubah haluan ke genre seram thriller menerusi filem terbaru, "M4M4". Diarahkan oleh Eyra Rahman, filem ini menampilkan barisan pelakon seperti Nabila Huda, Faizal Hussein, Kodi Rasheed, Nizam Zaidi, Ku Hariz, Bella Dowanna, Eyra Razali dan Izzy Reef. "M4M4" berkisar mengenai seorang ibu bernama Aini yang ingin membalas dendam terhadap sekumpulan lelaki bermasalah yang telah memperkosa dan membunuh anak perempuannya, Alya, yang hanya berusia 15 tahun. Jadi sebelum anda ke pawagam untuk menonton filem ini pada 6 Februari ini, apa kata lihat dahulu foto-foto 'seram' filem "M4M4" ini dahulu!


Alya bersama dua rakan baiknya yang dikenali sejak kecil, Daniel dan Elly.


Kematian suaminya punca Aini perlu membesarkan Alya sebagai ibu tunggal.


Alya menyambut hari jadi bersama ibu dan bapanya sewaktu kecil.

Previous 1 2 3 Next 
Cinema Online, 14 Januari 2020


Showtimes