Rencana

Filem seram menarik Indonesia 2020

Penulis: Nisa Irina

Filem seram manakah yang anda nanti-nantikan untuk tonton pada tahun ini?
Filem seram manakah yang anda nanti-nantikan untuk tonton pada tahun ini?

Industri filem Indonesia sememangnya kaya dengan dengan filem-filem seram, tidak kira sama ada ia fiksyen, bukan fiksyen, kisah dongeng mahupun 'urban legend'. Ia sentiasa melekat di hati para penggemar filem genre seram termasuk di negara-negara jiran terutamanya Malaysia. aneh mula berlaku, termasuk diganggu bunyi tangisan kanak-kanak serta bau kentang yang menusuk.

Jika anda sering mengikuti filem seram Indonesia dari zaman dahulu, pasti anda pernah menonton filem-filem seperti "Kuntilanak", "Pocong", "Hantu Jeruk Purut", "Jelangkung" "Suster Ngesot" dan "Sundel Bolong". Filem yang penulis senaraikan ini sememangnya ikonik dan boleh dikatakan sinonim dengan masyarakat di negara seberang.


Malah syarikat produksi di sana seakan tidak pernah putus asa daripada terus menghasilkan filem-filem berkualiti dan memuaskan. Contohnya, filem "Pengabdi Setan" arahan pembikin filem terkenal Joko Anwar, yang dinobatkan sebagai filem terlaris pada 2017 selepas menerima lebih 4 juta orang penonton di pawagam. aneh mula berlaku, termasuk diganggu bunyi tangisan kanak-kanak serta bau kentang yang menusuk.

Oleh itu, Cinema Online ingin menyenaraikan beberapa buah filem seram Indonesia menarik yang sudah dan bakal ditayangkan di pawagam pada tahun 2020!

"Perempuan Tanah Jahanam"

"Perempuan Tanah Jahanam" adalah sebuah 'masterpiece' oleh Joko Anwar yang telah ditayangkan pada awal Februari lalu. Apa yang penulis boleh katakan selepas menonton, filem ini tidak sesuai untuk sesiapa yang lemah semangat atau mempunyai sakit jantung dan sebagainya. Perasaan menonton filem ini juga bercampur baur, tambahan lagi adegan suspens bermula pada awal cerita. Setiap babak juga membuatkan penonton tidak senang duduk, lebih-lebih lagi babak ngeri yang menjadi. Plot penceritaan dan kronologi filem ini yang tersusun membuktikan ia digarap dengan kemas. aneh mula berlaku, termasuk diganggu bunyi tangisan kanak-kanak serta bau kentang yang menusuk.

Filem ini mengisahkan Maya, seorang gadis yang terselamat dari percubaan membunuh di bandar, berpindah ke kampung halamannya selepas mendapat tahu dia mewarisi sebuah rumah di sana. Dia pulang ke kampung itu bersama rakannya Dini, tanpa menyedari orang-orang kampung sedang mencarinya untuk membunuhnya demi menghentikan sumpahan yang mengganggu kampung tersebut selama bertahun-tahun. Dia menyedari bahawa dia kini perlu berjuang untuk meneruskan hidup, dalam pada dia merungkai masa silamnya yang rumit dengan lebih dalam. aneh mula berlaku, termasuk diganggu bunyi tangisan kanak-kanak serta bau kentang yang menusuk.

Peneraju utamanya adalah aktres Tara Basro, dibantu oleh pelakon-pelakon lain seperti Marissa Anita, Christine Hakim, Asmara Abigail serta Ario Bayu yang menjayakan watak antagonis.

"Rasuk 2"

Aktres genit Nikita Willy membawa watak utama dalam filem ini sebagai seorang pelajar perubatan bernama Isabella yang dikurniakan deria keenam tetapi dia tidak mempedulikannya kerana dia mahu hidup secara normal. Namun dia mula diganggu kejadian aneh dan roh wanita menakutkan selepas menjalankan satu tugasan latihan industrinya. Apakah nasib Isabella selepas itu? Apakah misteri di sebalik roh wanita yang sering mengikutinya? aneh mula berlaku, termasuk diganggu bunyi tangisan kanak-kanak serta bau kentang yang menusuk.

Jika anda ingin tahu pengakhiran jalan cerita Isabella, jangan lupa untuk menonton filem sekuel kepada "Rasuk" (2018) arahan Rizal Mantovani ini yang telah pun dirilis pada 27 Februari 2020. Selain Nikita, filem ini juga menampilkan pelakon lain seperti Achmad Megantara, Asri Welas dan Raquel Katie Larkin. Oh ya, buat pengetahuan anda, filem pertamanya diangkat daripada novel terlaris nukilan Risa Saraswati dan telah berjaya meraih lebih 900 ribu penonton di pawagam. Penulis berpendapat sekuel ini tidak kurang hebatnya!

"Rumah Kentang: The Beginning"

Christian Sugiono dan Luna Maya membintangi filem ini sebagai pasangan suami isteri Adrian dan Sofie merupakan penulis dan pelukis ilustrasi novel seram, tetapi berdepan cabaran untuk menghasilkan novel terbaru mereka yang berdasarkan pengalaman mereka sendiri. Demi mendapat inspirasi untuk novel itu, mereka membawa anak-anak mereka ke rumah lama peninggalan ibu bapa Sofie yang terletak di ladang kentang di Bandung. Tanpa mereka ketahui, terdapat satu insiden tragis yang berlaku di rumah itu. Kejadian aneh mula berlaku, termasuk diganggu bunyi tangisan kanak-kanak serta bau kentang yang menusuk.

Mungkin ada yang menganggap judul filem ini lucu pada awalnya sehingga ia dijadikan bahan lawak di media sosial. Tetapi tahukah anda bahawa filem ini diangkat dari kisah 'urban legend' Indonesia dan pernah dijadikan filem pada 2012 dengan judul "Rumah Kentang"? Walau bagaimanapun pengarah Rizal Mantovani telah mengubah jalan cerita filem supaya ia memberi kelainan dari filem sebelumnya. Filem ini telah dirilis di pawagam pada 27 Februari 2020.

"KKN Di Desa Penari"

Filem ini diinspirasikan dari kisah seram mengenai KKN di Desa Penari yang tular di Twitter pada 2019. Ia mengisahkan tentang sekumpulan mahasiswa yang terdiri daripada Nur, Bima, Ayu, Widya dan rakan-rakan lain, di mana mereka ditugaskan untuk menjalani kuliah kerja nyata (KKN) di Desa Penari tetapi kerja mereka tergendala akibat kejadian-kejadian misteri yang berlaku di desa itu. Antara pelakon yang terlibat dengan filem arahan Awi Suryadi ini ialah Tissa Biani, Aghniny Haque, Adinda Thomas dan Achmad Megantara.

"4 Mantan"

Biarpun mempunyai latar belakang berbeza, satu tragedi telah menemukan Sara, Airin, Rachel dan Amara, iaitu berita kematian bekas kekasih mereka, Alex. Konflik semakin rumit apabila keempat-empat gadis itu menerima surat daripada Alex, yang menyatakan jika mereka menerima surat itu selepas kematiannya, maka salah seorang daripada mereka adalah pembunuh. Terperangkap dalam ketakutan, kini mereka perlu menyiasat dan membongkar siapakah pembunuh sebenar Alex.

Itulah ringkasan bagi filem seram thriller "4 Mantan" yang bermaksud bekas kekasih. Filem arahan Hanny Saputra ini diterajui oleh Ranty Maria, Melanie Berentz, Melayu Nicole, Denira Wiraguna dan Jeff Smith. Bagi yang meminati filem penyiasatan dan misteri juga digalakkan untuk menonton filem ini kerana ia akan membuatkan anda tertanya-tanya siapa pembunuh sebenar di akhir cerita.

"Arwah Tumbal Nyai: Part Tumbal"

Filem ini adalah filem ketiga dari francais "Arwah Tumbal Nyai". Seorang wanita cuba merungkai satu sumpahan misteri, yang telah menyebabkan dia diganggu makhluk halus dan orang-orang di sekelilingnya mula terkorban seorang demi seorang. Semuanya berlaku selepas dia memainkan rekod-rekod piring hitam lama milik neneknya.

Menurut penerbit dan pelakon Raffi Ahmad, dia ingin menghasilkan trilogi filem ini kerana jarang sekali syarikat produksi di Indonesia mahu menghasilkan filem-filem berbentuk trilogi. Penulis memuji usaha Raffi memandangkan dia masih 'hijau' dalam dunia pembikinan filem dan ini merupakan peluang untuknya mempelajari selok belok pembikinan filem.

Untuk filem kali ini, ia memfokuskan pelakon dan penyanyi Dewi Perssik sebagai peneraju utama serta pelakon-pelakon lain seperti Evan Sanders, Yama Carlos, Zaskia Gotik dan Ayu Tingting. "Arwah Tumbal Nyai: Part Tumbal" akan menghantui anda pada 24 Mei 2020!

"Ghibah"

Berdasarkan sebuah filem pendek berjudul "Ghibah", yang bermaksud mengumpat. Filem ini berkisarkan tentang perbuatan mengumpat dan orang-orang yang menyebarkan cerita buruk tentang orang lain. Idea untuk menghasilkan filem ini datang dari sebuah surah dalam Al-Quran, Al-Hujurat, ayat ke-12. Diarahkan oleh Monty Tiwa, filem ini dibintangi oleh Verrell Bramasta, Asri Welas, Arafah Rianti dan Opie Kumis.

Pada pendapat penulis, filem-filem yang makan dalam sebegini wajarnya dihasilkan kerana secara tidak langsung, ia berkait dengan situasi sebenar dan akan memberi mesej serta pengajaran buat para penonton. Maklumlah, ada sahaja yang ingin diborakkan oleh 'makcik-makcik bawang' zaman sekarang ni bukan? Jadi nantikan filem "Ghibah" yang akan ditayangkan pada 11 Jun 2020!

*Penulis tidak menyatakan tarikh tayangan sesetengah filem memandangkan situasi pandemik COVID-19 menyebabkan filem-filem itu bakal ditunda ke tarikh baru. Jadi nantikan butiran lanjut dari Cinema Online!

Cinema Online, 11 April 2020



Pautan Berkaitan:
Showtimes